Halaman

Jumaat, 11 November 2011

Malaysia Keempat Tertinggi Belanja Bendidikan


Tarikh : November 11, 2011
Datuk Dr Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR - Malaysia keempat tertinggi peratusan hitung panjang perbelanjaan peruntukan bagi sektor pendidikan, berbanding 57 negara yang berdaya saing dalam ekonomi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kedudukan itu berdasarkan laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) 2010.

Daripada negara-negara Asean, Thailand ke-32, Singapura ke-53, Filipina ke-56 dan Indonesia ke-57.

“Perbandingan ini membuktikan, kerajaan sentiasa berusaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan kemahiran, bukan sahaja di peringkat tempatan, malah antarabangsa selaras usaha transformasi ekonomi mencapai Wawasan 2020,” katanya menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok) di sini, semalam.

Rashid bertanya hitung panjang perbelanjaan kerajaan bagi satu murid untuk setahun bagi pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kolej matrikulasi serta sekolah menengah dan rendah, sepanjang tiga tahun lalu serta perbandingan perbelanjaan itu dengan negara-negara Asean.

Ka Siong berkata, hitung panjang perbelanjaan seorang murid untuk tiga tahun kebelakangan ini ialah RM3,354 untuk sekolah rendah dan RM4,039 bagi sekolah menengah.- Bernama

sumber: sinar harian

Tiada ulasan:

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...