Halaman

Isnin, 31 Oktober 2011

MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN SEKSYEN 15(5)(a) AKTA AUKU 1971 TIDAK SAH

Ni screenshot yang dapat diambil. nak baca lebih lanjut, sila klik sini 

Kenaikan gaji guru setimpal beban tugas: NUTP

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan kenaikan gaji kakitangan awam terutama guru pada pembentangan Bajet 2012 oleh kerajaan baru-baru ini adalah selaras dengan bebanan kerja dihadapi warga pendidik kini. 
Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jika dibandingkan negara maju, gaji warga pendidik mereka lebih tinggi berbanding gaji kakitangan awam di kementerian lain kerana guru adalah aset melahirkan modal insan cemerlang.
“Memang pengumuman Bajet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kali ini menyaksikan kenaikan gaji kakitangan awam yang mana guru mendapat sedikit kelebihan, namun, bagi saya ia bertepatan dengan tugas dan tanggungjawab guru kini.
“Jika kita lihat negara maju, Jepun, Sweden dan Korea, gaji warga pendidik mereka adalah tinggi. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 
Pengumuman bajet itu menyaksikan golongan guru yang meliputi kira-kira sepertiga daripada 1.2 juta penjawat awam mendapat kenaikan gaji terbesar menerusi Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). 
Guru bukan siswazah menerima kenaikan sehingga 39 peratus, manakala guru siswazah menerima kenaikan 37.7 peratus. Sebagai contoh, gaji maksimum guru bukan siswazah gred DGA34 dinaikkan daripada RM3,860 di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada RM5,370 mengikut SBPA. Bagi guru siswazah pula, gaji maksimum gred DG48, di bawah SSM ialah RM6,325 menjadi RM8,710 mengikut SBPA. 
Sementara itu, Hashim turut menggesa pihak pentadbiran sekolah agar tidak menyekat warga pendidik berusia 47 tahun ke bawah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. 
Kementerian Pelajaran katanya, sudah mengeluarkan pekeliling September lalu dengan membuka peluang kepada warga pendidik lepas diploma untuk menyambung pengajian. 

kredit to: NUTP

Ahad, 30 Oktober 2011

JUARA BARU PIALA MALAYSIA 2011, NEGERI SEMBILAN BAKAL JUMPA KELANTAN DALAM PIALA SUMBANGSIH 7 JANUARI 2012

Gambar: Harian Metro




SHAH ALAM, 30 Okt – Negeri Sembilan berjaya menamatkan kemarau selama 2 tahun bagi menjulang Piala Malaysia edisi ke-85 setelah mengalahkan Terengganu dengan kemenangan tipis 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Hairuddin Omar menjadi wira buat skuad Hoben Jang Hoben setelah menjaringkan gol penentuan apabila kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 sebelum berakhirnya 90 minit masa perlawanan.
Kali terakhir Negeri Sembilan menjulang piala itu ialah pada 2009 setelah menumpaskan kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Beraksi di hadapan lebih 70000 penyokong kedua-dua pasukan, kedua-dua pasukan bermula garang apabila masing-masing melancarkan serangan balas ke gawang lawan pada babak pertama namun buntu mencari gol pembuka tirai.
Negeri sembilan terlebih dulu melancarkan serangan awal ke atas terengganun yang diketuai penyerangnya, Hairudin sejurus tirai babak pertama bermula namun sepakannya sekadar singgah di tepi tiang gol Terengganu.
Terengganu dihidangkan peluang terbaiknya pada minit ke-23 menerusi penyerang sensasi Abdul Manaf Mamat yang berjaya meloloskan diri ke dalam kotak penalti namun palang menjadi penghalang yang dikawal penjaga gol Negeri Sembilan, Mohd Farizal Marlias.
Selang seminit kemudian, Negeri Sembilan pula mendapat peluang terbaiknya menerusi serangan balas hasil gerakan dan larian lincah yang dipamerkan oleh S. Kunanlan namun sepakan bolanya hanya lalu di tepi gawang skuad penyu.
Berselang babak kedua berlangsung, Terengganu yang dikendalikan oleh Irfan Bakti Abu Salim terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-59 yang berpunca daripada satu serangan pantas hasil larian Abdul Manaf yang bijak menghidu peluang sebelum melorongkan bola kepada Ashaari Shamsuddin dalam kotak penalti.
Tanpa sebarang masalah, Ashaari pantas merembat masuk bola ke dalam gawang menewaskan Mohd Farizal dan membuatkan penyokong Peteh Ganu Peteh bersorak keriangan.
Tersentak dengan keputusan itu, skuad Hoben Jang Hoben melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya skuad kendalian Mohd Azaraai Khor Abdullah memperoleh gol penyamaan pada minit ke-81 yang dijaringkan oleh Kunanlan menerusi hantaran lambung yang menewaskan penjaga gol terengganu, Mohd Sharbinee Allawee yang dilihat teragak-agak menangkap bola tersebut hingga membawa padah.
Selang 5 minit kemudian, Hairuddin selaku pemain senior terus mencurahkan ilmunya dan berjaya melengkapkan kemenangan dengan penyudah lipatan gunting ke sudut kanan gawang Terengganu hasil hantaran lintang daripada pemain tengah, Muhamad Shukor Adan.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan Piala Malaysia kepada pasukan Negeri Sembilan.
Hairuddin dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

kredit: Bernama

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...