Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

PERHATIAN: Bayaran Persekolahan Untuk Sesi 2012

sumber: surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 tahun 2011 (lampiran)

Peraturan baharu tahun 2012

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang merupakan antara peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.
Pengguna jalan raya yang gagal mematuhinya akan dikenakan kompaun RM300.
Selain itu, arahan penyeragaman logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 ini.
Selain itu, pelaksanaan kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 yang juga mula berkuat kuasa.
Ekoran Bajet 2012 pula, seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah akan menerima baucar buku RM200 mulai Januari ini.
Daripada aspek pendidikan, mulai tahun 2012, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.
Bermula 1 Januari juga, kerajaan bersetuju melakukan pengumuman dalam bahasa Tamil disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Terbang Tambang Murah.

Selasa, 15 November 2011

Teachers In 19 Schools In Kuching To Implement Nine-hour Work Day Pilot Project

KUCHING, Nov 13 (Bernama) -- The Education Minister has chosen 19 schools here for the implementation of the pilot project requiring teachers to work nine hours a day beginning January next year.

Sarawak Teachers' Union (STU) president William Ghani Bina said the number comprised 11 primary schools and eight secondary schools.

The primary schools are SK Chung Hua No 2, SK Chung Hua Sungai Buda, SK Bako, SK Bandar Semariang, SK Combine, SK Kenyalang, SK Madrasah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, SK Satria Jaya, SK St. Mary and SK St Theresa.

Meanwhile, the secondary schools are SMK Bandar Kuching No.2, Kuching Arts School, SMK Tabuan Jaya, Kolej Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, SMK St Joseph, Batu Lintang Vocational College, SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor Stampin and SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.

"It is hoped that the implementation of the pilot project will give the real picture of the burden shouldered by teachers," he told Bernama here.

William said this was because many did not know that most teachers had to work not just from Monday to Friday, but sometimes up to Sunday, especially when they were entrusted with responsibilities to handle co curriculum activities or to attend courses and other school activities.

Apart from Sarawak, the pilot project would also be implemented in Melaka, Pahang and Johor, involving more than 5,000 teachers and 104 schools.

Under the pilot project, the morning shift teachers are required to work from 7.30am to 4.30pm, while the afternoon shift teachers, from 9.30am to 6.30pm.

-- BERNAMA

Isnin, 14 November 2011

BAJU UNTUK DIJUAL, SILA TENGOK JIKA BERKENAN. LIMITED STOCK!!



 Jersi Manchester City



 T-Shirt Cotton Real Madrid


 Jersi Real Madrid


JERSI REAL MADRID DAN MANCHESTER CITY: RM 30 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN RM10)
KAIN: DRYFIT
SAIZ: FREESIZE KECIL (UNTUK ORANG PAKAI M DAN S SAHAJA)
LIMITED STOCK!!

BAJU T-SHIRT REAL  MADRID: RM 45 (TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN RM10)
KAIN: COTTON
SAIZl: FREESIZE KECIL (UNTUK ORANG PAKAI M DAN S SAHAJA)
HANYA ADA SEHELAI SAHAJA, FIRST COME FIRST SERVE!!

BERMINAT, SILA PM SAYA K.
psiker.valiant@rocketmail.com

Sabtu, 12 November 2011

Nie haa Dr. nak bagitau kesan negatif wat cekgu2 yang suka tampar muka budak

2011/10/22

SAYA tergerak untuk menulis berkenaan kesan menampar muka kanak-kanak sama ada anak kita ataupun murid sekolah. Kita mungkin menganggap menampar adalah tindakan yang tidak serius dan bukanlah isu besar, malah kita sendiri pun pernah ditampar pada satu ketika dulu.

Bagaimanapun tahukah perbuatan menampar itu boleh memberi kecederaan serius terutama ke atas kanak-kanak. Dari sudut perubatan, kita mengetahui kanak-kanak mempunyai organ yang masih berkembang dalam menjalani proses tumbesaran.
Organ ini juga rapuh, mudah cedera dan berpotensi menghadapi masalah kesan negatif jangka panjang. Organ di bahagian muka seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang leher dan juga otak ialah organ penting yang berpotensi tercedera jika bahagian muka dan kepala dijadikan tempat membuat pukulan atau tamparan.
Jika kita membaca mengenai kesan kecederaan muka dan kepala terutama ke atas kanak-kanak yang didera, kita dapati kebanyakan kecederaan disebabkan tindakan menampar ataupun menumbuk di bahagian muka.

Orang yang menampar mungkin memakai cincin atau gelang dan kesan yang diakibatkan oleh tangan ini tentu sekali lebih serius. Apabila melakukan tamparan terutama di dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, kita tidak dapat mengawal dan menentukan dengan tepat bahagian muka yang terkena tamparan.

Ini menyebabkan tamparan bahagian muka kadangkala boleh terkena leher, mata dan telinga. Tamparan yang kuat ke bahagian kepala boleh mencederakan tulang leher dan saraf tunjang kerana anjakan kepala yang mendadak dan cepat.

Anjakan cepat bahagian kepala ini juga boleh menggoncang otak dan ini boleh memecahkan salur darah, mengoyak selaput otak dan boleh berlaku pendarahan otak.
Pada waktu sama jika kepala terhentak ke dinding atau benda keras akibat momentum pergerakan kepala ketika ditampar, kecederaan yang berlaku boleh menjadi lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa.

Jika tamparan tepat pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, maka tekanan kuat akan disalurkan ke dalam rongga telinga dan sampai ke gegendang, gegendang telinga boleh pecah dan ini akan menyebabkan gangguan pendengaran yang kekal jika ia serius dan tidak dirawat dengan cepat.

Sebenarnya banyak lagi kesan fizikal akibat tamparan seperti lebam, bibir pecah, gigi patah dan lain-lain lagi. Apa yang penting ialah menampar bukan perbuatan yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi jika ia digunakan sebagai kaedah untuk menghukum.

Di samping kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak atau pelajar yang ditampar, kesan psikologi ialah salah satu akibat yang tidak kurang seriusnya.

Menampar dikatakan satu kaedah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi jika ia dilakukan di hadapan khalayak. Saya menyeru kepada semua pihak supaya mengelakkan diri daripada menggunakan tamparan muka sebagai kaedah menghukum.

Kesimpulannya, apabila kita menghukum terutama ke atas anak-anak atau pelajar, hukumlah dengan kaedah sesuai serta berhikmah dengan tujuan mendidik dan penuh kasih sayang supaya ia dapat menjadi pengajaran berguna dan bertujuan menjadikan mereka seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

Dr. mohd rushdan md noor,
hospital sultanah bahiyah,
alor setar, kedah.

sumber klik sini

KPPK mohon beri perlindungan insurans kepada guru pengiring

2011/11/12

ALOR SETAR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) merayu kepada Kementerian Pelajaran supaya memberi perlindungan insurans kepada guru yang mengiringi pelajar untuk aktiviti luar seperti sukan dan rombongan sekolah.

Setiausaha Agung KPPK, Lok Yim Pheng, berkata selama ini hanya pelajar yang dilindungi insurans sedangkan guru yang mengiringi pelajar berkenaan tidak dilindungi insurans.
"Guru yang iring pelajar untuk aktiviti sukan di luar kawasan sekolah perlu menggunakan kenderaan sendiri dan mereka sepatutnya dilindungi insurans jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa dalam perjalanan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Wisma KPPK Kedah di sini hari ini.
Lok berkata, beliau berharap agar kerajaan mengkaji semula dari aspek keselamatan dan menawarkan insurans khas kepada guru yang membawa pelajar untuk aktiviti luar.

"Kalau kita kumpulkan data, setiap tahun ada kemalangan yang membabitkan guru dan pelajar. Jadi perkara ini perlu diambil serius oleh kerajaan. Kalau hilang nyawa bermakna kita dah hilang satu sumber tenaga dalam profesion keguruan.

"Kami cadangkan jika kerajaan tak mampu biayai semua, sekurang-kurangnya pihak sekolah biayai sedikit dan PIBG tanggung sedikit. Mungkin kerajaan boleh subsidi sedikit dan pihak sekolah akan usahakan selebihnya," katanya.

Lok turut mengucapkan takziah kepada keluarga guru dan pelajar yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 382.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang, Perak kira-kira jam 4.20 pagi semalam.
Beliau berkata, pihaknya akan cuba mengusahakan bantuan kepada guru yang mengalami kecederaan.

Dalam kejadian itu, seorang guru dan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim maut apabila bas yang mereka naiki hilang kawalan dan terbalik sebelum dirempuh sebuah treler.

Turut terbunuh seorang Ketua Wanita UMNO Cawangan dari Alor Setar yang kebetulan berhenti di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan pelajar dari bas yang terbalik itu. - BERNAMA

Guru bakal kerja sembilan jam? interesting..

2011/11/12

ALOR SETAR: Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong hari ini menasihatkan guru supaya tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran.

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.
"Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam ko-kurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Kedah di sini hari ini, Wee berkata, projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

"Saya harap semua guru di empat negeri terbabit tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," katanya.

"Jangan anggap itu (projek rintis) sebagai satu kata putus dari kementerian. Biar mereka lakukan dahulu dan melihat hasilnya," katanya. - BERNAMA

Jumaat, 11 November 2011

Pst, wanna know how you can share free music and free texts with ur Buddyz? #DiGiYouths



Pst, wanna know how you can share free music and free texts with ur Buddyz? #DiGiYouths 

Malaysia Keempat Tertinggi Belanja Bendidikan


Tarikh : November 11, 2011
Datuk Dr Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR - Malaysia keempat tertinggi peratusan hitung panjang perbelanjaan peruntukan bagi sektor pendidikan, berbanding 57 negara yang berdaya saing dalam ekonomi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, kedudukan itu berdasarkan laporan World Competitiveness Yearbook (WCY) 2010.

Daripada negara-negara Asean, Thailand ke-32, Singapura ke-53, Filipina ke-56 dan Indonesia ke-57.

“Perbandingan ini membuktikan, kerajaan sentiasa berusaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan kemahiran, bukan sahaja di peringkat tempatan, malah antarabangsa selaras usaha transformasi ekonomi mencapai Wawasan 2020,” katanya menjawab soalan Datuk Rashid Din (PKR-Merbok) di sini, semalam.

Rashid bertanya hitung panjang perbelanjaan kerajaan bagi satu murid untuk setahun bagi pendidikan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, kolej matrikulasi serta sekolah menengah dan rendah, sepanjang tiga tahun lalu serta perbandingan perbelanjaan itu dengan negara-negara Asean.

Ka Siong berkata, hitung panjang perbelanjaan seorang murid untuk tiga tahun kebelakangan ini ialah RM3,354 untuk sekolah rendah dan RM4,039 bagi sekolah menengah.- Bernama

sumber: sinar harian

Sabtu, 5 November 2011

Pemohon lesen memandu bakal jadi penderma organ, apa kata anda?

Kementerian Kesihatan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pengangkutan untuk menggalakkan pemohon lesen memandu yang baru supaya mendaftar sebagai penderma organ.

NONEMenteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu diharap akan membolehkan lebih ramai orang mendaftar sebagai penderma organ.

Pihak kementerian juga berkunjung ke universiti dan kolej untuk menggalakkan golongan muda menjadi penderma organ, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pakar Mata Top Vision di Setia Alam di Klang hari ini.

Beliau berkata sungguhpun kempen itu berjalan dengan baik, namun masih terdapat keperluan supaya lebih ramai orang tampil menyertai pendermaan organ.

Katanya sunggguhpun kira-kira 170,000 orang telah pun mendaftar sebagai penderma organ, jumlah penderma sebenar dalam setahun adalah kurang daripada 30, dan pada tahun ini ialah kira-kira 33 orang.

Mengenai program penjagaan mata negara, beliau berkata pada masa ini terdapat 350 pakar mata di Malaysia, 182 daripada jumlah itu bekerja dengan kementerian berkenaan.

human organ transplant 160307 operation removal of organ"Kami sudah mempunyai nisbah 1 pakar mata bagi setiap 75,000 penduduk, berbanding sasaran norma iaitu 1:100,000. Lagi pun, setiap tahun kami mengambil 40 doktor untuk mengikuti program Sarjana dalam bidang oftalmologi di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), USM (Universiti Sains Malaysia) dan UM (Universiti Malaya)," katanya.

Liow berkata dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan oftalmologi di semua 40 hospital pakar utama di Kementerian Kesihatan, kementerian itu turut memperluaskan perkhidmatan sub-kepakaran dalam pembedahan glaukoma dan vitreo-retinal di 14 pusat pengajian perubatan dan hospital kerajaan di negara ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

"Semua ini akan menyediakan akses yang lebih baik kepada penjagaan mata khusus bagi penduduk," katanya.

Mengenai punca utama buta di Malaysia, Liow berkata ia masih diakibatkan oleh katarak, bagaimanapun jumlah kes glaukoma dan penyakit mata pesakit kencing manis semakin meningkat.

human organ transplant 160307 malay man"Saya bimbang dengan situasi penyakit kencing manis di negara ini yang mencatatkan peningkatan pada kadar eksponen, dan bukan pada kadar yang normal," katanya sambil menambah berikutan itu, kementerian terpaksa mengambil tindakan segera untuk mengurangkan penggunaan gula di negara ini.

"Saya harap kempen kita akan berhasil bagi mengurangkan kadar penyakit kencing manis dalam negara kerana penyakit kencing manis menyebabkan banyak masalah mata atau pun buta," katanya.

Liow berkata kementeriannya telah menyusun pelbagai program bagi pesakit kencing manis termasuk memantau makanan yang dimakan untuk mengelak kerosakan yang semakin teruk pada organ mereka, termasuk mata.

- Bernama

JADUAL PELAKSANAAN PPSMI BERMULA TAHUN DEPAN






KERAJAAN pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina di SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) dan bahasa Tamil di SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil). Di sekolah menengah, bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.
Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.
Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Bagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Sumber: KOSMO

Jumaat, 4 November 2011

PPSMI to continue for students already in it: DPM

Below are highlights of his announcement:
> All Year 2 to Form 5 students who do their Maths and Science in English this year will be allowed to finish their studies in those subjects in English.
> Next year's national school students of Year 3 to Year 6 would be allowed to continue their studies in both subjects in English, Bahasa Malaysia or both.
> Those who have been studying those subjects in Bahasa Malaysia, or both languages, would be allowed to continue studying entirely in Bahasa Malaysia.
> Teaching and learning of both subjects will be done entirely in Bahasa Malaysia in 2016 for primary schools.
> For secondary schools both subjects would be taught fully in Bahasa Malaysia in 2021.

sumber klik sini

SUKAN SEA 2011: MALAYSIA SASAR 45 PINGAT EMAS



Menteri Belia Dan Sukan menyatakan bahawa Malaysia hanya mensasarkan 45 pingat emas je coz ramai atlit kebangsaan yang berstatus elit tidak menyertai kejohanan ini disebabkan pelbagai masalah cam injury dan taktikal pasukan itu sendiri. Antara yang tidak join sukan sea ni ialah Chai Fong Ying dan Daniel Bego. Gue minat gile kat Chai Fong Ying nie coz teknik wushu dia memang amat berseni sekali. Apa yang penting, dia memang cantik ah. Hahaha.
Bagi gue, ini lah peluang kepada atlit-atlit baru yang dipanggil untuk menggantikan diorang nie untuk menyerlah dan menyinar sekaligus leh mewujudkan persaingan kepada atlit elit nie. Malaysia patut jadi cam negara China dalam melahirkan bakat badminton apabila 40 orang atlit elit setahun leh dihasilkan oleh diorang nie. Sebab tu kalu kita tengok, ramai player negara China banyak yang berhijrah ke luar negara untuk bermain. Nak je suh MSN p antar spy tengok camne Lin Dan n the gengs trening n applykan kat bakat-bakat baru di Malaysia nie.
Apapun, gue berharap sangat kat member2 gue yang bakal mewakili malaysia di sukan sea nanti cam Fendi, Medang, Miji n seangkatan tu main la elok2 kayak k. Semoga malaysia leh tuai emas di tangan korang nanti. Gue percaya korang memang tip top di malaysia n indonesia nie. So, buktikan my frenzs dengan pengalaman korang yang luas tu. Gue memang berharap agar dapat tengok korang semua naik pentas ambik pingat emas tu....aminnn.
  
Nak baca lebih lanjut, klik sini

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...