Halaman

Selasa, 1 November 2011

KPM JAWAB EMEL WARTAWAN BERITA HARIAN BERKAITAN POSTING GURU

E-mel daripada wartawan Berita Harian, Meor Hisham Zulkifi - MASALAH PENEMPATAN GRADUAN BIDANG PERGURUAN



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada e-mel yang diterima daripada wartawan Berita Harian, Meor Hisham Zulkifi - Masalah penempatan graduan bidang perguruan.
KPM sentiasa memastikan penempatan guru di sekolah dilaksanakan dengan segera untuk menjamin sesi pengajaran dan pembelajaran murid–murid di sekolah tidak terjejas. Untuk makluman,  jumlah keseluruhan graduan IPGM keluaran Mei dan Jun 2011 ialah sebanyak 1746. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 1528 telah diperakukan  oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan telah diberi penempatan untuk mengajar di sekolah pada 20 Oktober 2011. Baki 201 iaitu lepasan TESL dijangka akan ditemuduga oleh SPP pada bulan November dan Disember 2011. Selain itu, Kementerian telah melaksanakan penambahbaikan norma 1.5n kepada 1.7n mulai tahun 2006 ke atas Sekolah Menengah (kecuali kelas peralihan dan tingkatan 1) manakala bagi Sekolah Rendah ia telah dilaksanakan ke atas Tahun 6.
Program pensiswazahan guru adalah program "one off" kerajaan Malaysia dalam usaha mengijazahkan guru-guru SK dalam RMK 10. Dasar / kaedah pengajian secara PJJ, para guru tidak meninggalkan bilik darjah dan mengikuti pengajian di hujung minggu.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SUMBER: KPM

Tiada ulasan:

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...