Halaman

Rabu, 12 September 2012

Sistem baru jimat masa pembelajaran

Murid sekolah rendah, menengah tamat pengajian awal setahun

Pembelajaran pintas yang membenarkan murid pencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dan rendah setahun lebih awal adalah antara cadangan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Murid akan menamatkan pengajian sekolah menengah dalam tempoh empat tahun berbanding lima sekarang, manakala peringkat sekolah rendah hanya setakat lima tahun.
Program kurikulum pintas membolehkan murid menamatkan sekolah menengah dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh empat tahun serta terbabit dalam aktiviti berbentuk memperkaya seperti projek kajian individu.

Murid akan dipilih selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan diuji setiap tahun bagi memastikan program itu berfaedah kepada serta tidak menjejaskan perkembangan diri.


Saring pelajar


Program laluan pintas pula memberi peluang kepada murid menduduki Tahun Satu dan Tahun Dua pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, satu saringan akan dilakukan pada peringkat awal Tahun Satu untuk mengenal pasti tahap kepintaran dan kecergasan murid menggunakan ujian standard yang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam pada itu, dianggarkan 10 hingga 15 peratus murid bakal berjaya melepasi standard ditetapkan bagi kemasukan setiap tahun dan selepas menjalani program, murid dinaikkan ke Tahun Tiga pada tahun berikutnya.

Selain itu, kementerian akan mewujudkan program untuk murid pintar cerdas dan berbakat dalam aspek tertentu seperti matematik, bahasa, muzik dan pendidikan seni.


Program perintis


Ia antara tiga program perintis yang akan dilaksanakan, iaitu dua untuk murid pencapaian tinggi yang berdasarkan kajian dianggarkan hampir 15 peratus daripada populasi murid dan program bagi murid pintar cerdas.

Ketiga-tiga program perintis itu akan diperkenalkan dalam Gelombang Kedua (2016-2020) transformasi PPPM.


Gelombang Pertama


Kementerian akan melaksanakan Gelombang Pertama (2013-2015) dengan dalam tempoh tiga tahun berikut, tanda aras program ditetapkan dengan program pendidikan pintar cerdas terbaik.

Pada fasa terakhir pelan iaitu Gelombang Ketiga (2021-2025), kementerian akan memurnikan rangka kerja ketiga-tiga program rintis pintar cerdas dan berbakat, serta memperluaskannya pada peringkat kebangsaan.

Selasa, 11 September 2012

PENGUMUMAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Sembilan bidang keutamaan dalam pelan pembangunan pendidikan

Sembilan bidang keutamaan dalam pelan pembangunan pendidikan
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi:
1. Memartabatkan profesion perguruan
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
3. Meningkatkan kualiti sekolah
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi - UTUSAN


Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.
Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah:
Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015.
* Peningkatan dalam kemahiran guru
* Kualiti pengajaran
* Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah
* Mutu kepimpinan sekolah
Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020
* Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.
* Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025
* Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
sumber - UTUSAN

Isnin, 10 September 2012

PERUNTUKAN KHAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DILANCARKAN ESOK

PAGOH 9 Sept. - Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa ini akan menerima peruntukan khas di bawah Bajet 2013 bagi memastikan pelaksanaannya berjaya dan berkesan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlahnya masih belum ditentukan dan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan secara dasarnya sudah bersetuju dan menyokong keperluan dana itu.
"Perdana Menteri kata akan beri perhatian perkara ini dan minta pihak Kementerian Pelajaran terjemahkan segala bentuk perakuan yang hendak dilaksanakan dari segi kewangan diperlukan.
"Setiap perakuan ada kosnya dan ini (jumlah) sedang disediakan, nanti kita kemukakan untuk beliau teliti tetapi harapan saya dalam Bajet 2013 mungkin ada satu peruntukan khas dapat disediakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Tahir Taat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang akan dilancar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa ini bertujuan menghasilkan modal insan unggul, kreatif, berkemahiran tinggi serta berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Pelaksanaannya melibatkan tempoh 13 tahun dengan tiga fasa iaitu gelombang pertama merangkumi perkara yang mudah dilaksanakan dan memberi impak tanpa memerlukan perubahan struktur dan kewangan sebelum diikuti gelombang kedua dan ketiga yang masing-masing memakan masa lima tahun.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan khas diperlukan kerana pelan transformasi pendidikan itu mengambil masa panjang dan setiap fasa mempunyai perancangan yang memerlukan dana lebih daripada biasa.

sumber: utusan malaysia

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...