Halaman

Jumaat, 27 Januari 2012

EHEM!! Bayaran gaji Februari penjawat awam berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM)

KUALA LUMPUR: Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Jan ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Jan.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. -- BERNAMA

Spesies Ikan Baru Ditemui

nak tau namanye???
sila klik sini

Brunei pula bakal masuk Liga Super Malaysia? - Kosmo

KBS tidak halang penyertaan Brunei


SKUAD Brunei yang muncul juara Piala Malaysia pada tahun 1999.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai masalah untuk melihat kehadiran semula skuad kebangsaan Brunei dalam saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) sebagai salah satu usaha mengeratkan hubungan dua hala antara kedua- dua negara dalam bidang sukan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Brunei boleh berbincang bagi menentukan mekanisme yang sesuai untuk memastikan perkara tersebut terlaksana.
"Kita tahu kerjasama dalam bidang sukan bukan sahaja melibatkan antara kerajaan dengan kerajaan tetapi juga antara persatuan sukan.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyertai perlawanan golf dengan rakan sejawatnya dari Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Datuk Seri Setia Awang Hazir Awang Abdullah di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) semalam.
Pasukan kebangsaan Brunei menyertai Liga Malaysia yang ketika itu dikenali dengan nama Liga Semi-Pro dari tahun 1989-1993 sebelum berpindah ke Liga Singapura pada 2009.
Brunei sebelum itu pernah menjulang Piala Malaysia pada tahun 1999 selepas mengalahkan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka.
Ahmad Shabery berkata, KBS juga akan memperkembangkan beberapa perkara yang boleh dijalinkan antara kedua-dua negara pada masa akan datang seperti penyertaan semula Brunei dalam Sukan Malaysia (Sukma).
"Dari segi belia umpamanya, kita akan mengundang Brunei untuk menghantar wakil mereka pada sambutan Hari Belia Negara dan juga kerjasama lain yang akan berterusan selepas ini," katanya.
Sementara itu, Awang Hazir berkata, lawatan berkenaan amat bermakna dalam memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua kementerian tersebut selepas mereka memeterai memorandum persefahaman (MoU) di Brunei tahun lepas.
"Kita turut melihat beberapa bidang lain yang boleh diperkembangkan dan mengenal pasti bidang-bidang baharu dalam sukan dan belia yang boleh kita kembang dan majukan pada masa depan bagi memastikan hubungan erat antara kedua-dua negara akan dapat dikekalkan," katanya.
Awang Hazir yang tiba di Kuala Lumpur pada Rabu lalu dengan rombongan seramai 15 orang akan mengadakan lawatan kerja selama lima hari ke negara ini sebagai membalas kunjungan hormat yang dilakukan oleh Ahmad Shabery pada tahun lepas.

Sumber: Kosmo

Tahniah!! 5 Universiti Diberi Kuasa Autonomi - Kosmo

PUTRAJAYA – Sebanyak lima institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini diberi kuasa autonomi bagi mewujudkan universiti yang berinovasi dan lebih berdaya saing.
Lima universiti itu ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, IPTA berkenaan diberi kuasa dalam empat bidang merangkumi urus tadbir, kewangan, sumber manusia dan pengurusan akademik serta pengambilan pelajar mulai September ini.
“Sistem yang berteraskan autonomi ini perlu dipatuhi oleh universiti-universiti berkenaan kerana ia melibatkan integriti dan akauntabiliti yang menjadi panduan dalam segala tindakan pengurusan universiti.
“Universiti selalu berkata mereka tidak mencapai kecemerlangan kerana terdapat halangan serta kekangan dan disebabkan itu kuasa autonomi ini diberikan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam. 

Sumber: Kosmo

WATCH THIS! GREAT FULLBACK SKILLS: MARCELO

EHEMM!! FC BARCA TROUGH PASS DRILL

Ahad, 22 Januari 2012

KOSMO: Kelantan bangkit tutup mulut pengkritik

KELANTAN akhirnya berjaya menghapuskan badi Stadium Darulaman, Alor Setar sejak lebih empat tahun lalu apabila mencatat kemena- ngan pertama selepas menewaskan Kedah 3-0 dalam saingan Liga Super malam kelmarin.
Selain itu, kejayaan yang dicatatkan itu cukup signifikan apabila berjaya menutup mulut para pengkritik yang sebelum ini begitu lantang melontarkan kritikan ekoran aksi yang tidak begitu konsisten dipamerkan gergasi Pantai Timur itu.
Bagaimanapun, di sebalik kejayaan yang direkodkan itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim tetap menyifatkan aksi pemain-pemainnya berada di bawah tahap sebenar biarpun berjaya meledak tiga gol.
Menurutnya, kemenangan malam kelmarin turut dibantu faktor nasib dan kelekaan benteng Kedah sehingga Kelantan berjaya menjaringkan gol pada lewat permainan.
"Jika rembatan Faizal (Abu Bakar) yang terkena palang itu menerjah gawang, saya rasa keputu- san pasti berubah. Gol itu pasti memberi semangat kepada Kedah ketika pemain-pemain kita sudah mula hilang fokus. Ketika itu pula kita hanya mendahului dengan satu gol.
"Kemenangan 3-0 semalam (malam kelmarin) tidak mencerminkan kekuatan kita yang sebenar. Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, terutamanya untuk tempoh rehat dua minggu ini, tiada apa yang perlu dimegahkan dengan kemenangan semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, aksi yang dipamerkan kedua-dua pasukan tidak begitu bermaya dan Kelantan perlu mengkaji beberapa kelemahan, terutamanya dari segi kecergasan.
Katanya, The Red Warriors perlu lebih bersedia kerana mereka akan dijadualkan bertemu beberapa pasukan gergasi bola sepak tempatan seperti Negeri Sembilan dan Selangor selepas ini.
Ditanya mengenai prestasi dua pemain importnya, Muhammad Ghaddar dan Denny Antwi, Azman berkata: "Kita keluarkan Ghaddar pada perlawanan tersebut kerana dia terlalu mudah kehilangan bola.
"Dia bermain terlalu 'fancy' dan sering mempamerkan teknik individu menyebabkan pemain lain kecewa. Sudah banyak kali diberitahu tetapi perkara tersebut masih berlaku.
"Bagi Antwi, kemasukannya memberi impak, terutamanya terlibat dalam jaringan kedua, selain menjaringkan gol ketiga.
"Dia adalah pemain import dan kehadirannya tidak boleh menjadi seka- dar pelengkap dalam pasukan, perlu bekerja lebih keras."
Dalam pada itu, Azman memberi amaran kepada semua pemain import supaya berubah dan perlu bekerja keras untuk mempamerkan aksi yang terbaik bagi mengelakkan daripada disingkir.
Pada perlawanan tersebut, gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Muhammad Ghaddar pada minit ke-39 melalui sepakan penalti selepas Nor- shahrul Idlan Talaha dijatuhkan oleh Fauzi Nan dalam kotak penalti.
Pada minit ke-79 giliran Norshahrul yang menerima umpanan Denny Antwi melepaskan rembatan yang terus menerjah gawang Kedah.
Tirai gol Kelantan ditutup oleh Denny Antwi pada minit-minit akhir perlawanan selepas berjaya merebut bola daripada kaki penjaga gol Kedah, Helmi Eliza sebelum menyepak masuk bola ke gawang.

KOSMO: Tempoh tiga bulan kaji SBPA - PM

KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perdana Menteri berkata, skim baharu berkenaan mestilah mendapat kepuasan semua pihak sebelum dilaksanakan.
"Kerajaan akan pertimbangkan sebaik-baiknya agar ia memberi kepuasan kepada semua," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama penjawat awam negeri Pahang di sini semalam.
Turut hadir bersama hampir 7,000 penjawat awam itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Najib berkata, kerajaan amat prihatin terhadap sebarang rasa tidak puas hati dan dakwaan kepincangan sistem baru itu dan bersedia menimbang rayuan yang dibuat dalam menambahbaikan sistem berkenaan.
Perdana Menteri baru-baru ini mengarahkan SBPA disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan pihak-pihak tertentu.
Berikutan itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail berdasarkan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.

SUMBER: KOSMO

Khamis, 19 Januari 2012

BHARIAN.COM.MY: 10 ahli pasukan khas semak semula SBPA

2012/01/19

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menyerahkan watikah perlantikan kepada 10 ahli pasukan petugas bagi menyemak semula Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan khas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam itu juga akan menjemput wakil kementerian, ketua skim perkhidmatan, kesatuan dan persatuan sekerja serta pihak berkaitan jika ada keperluan dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit SBPA yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu.
“Semua isu berhubung pelaksanaan SBPA perlu sampai kepada kita (pasukan petugas) dalam tempoh sebulan ini dan pasukan petugas akan memanggil mereka untuk perbincangan lanjut, malah kita sudah menerima banyak maklum balas, termasuk menerusi e-mel.
“Kita akan mengambil kira semua ini. Jika ada isu membabitkan perguruan umpamanya, kita akan memanggil Ketua Pengarah Pelajaran dan juga persatuan untuk perbincangan dan mencari penyelesaian,” katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan kepada 10 ahli pasukan petugas itu di sini, semalam.

Pasukan petugas itu ditubuhkan selepas kerajaan mengumumkan SBPA akan disemak semula dan perbincangan dengan pihak berkaitan diadakan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA.

Pasukan itu diberi tempoh dua bulan sehingga 16 April depan untuk mengkaji isu dibangkitkan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Mohd Sidek berkata, pasukan petugas berkenaan akan berusaha mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai isu dibangkitkan, tetapi menegaskan kerajaan mempunyai kekangan tertentu yang mungkin tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak

Rabu, 18 Januari 2012

Pelajar dakwa dipukul guru hingga pengsan..apa kes nie?


MUHAMAD ZIQRIL HAKIN telantar di atas pengusung di Hospital Teluk Intan semalam.


TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.

Ahad, 8 Januari 2012

SBPA tawar kenaikan pangkat istimewa

2012/01/08

PUTRAJAYA: Pegawai awam berprestasi tinggi dan berpotensi mengisi jawatan strategik akan dipertimbangkan kenaikan pangkat secara istimewa menerusi sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata kenaikan pangkat secara istimewa itu ialah pegawai dinaikkan pangkat bagi mengisi jawatan kosong dalam tempoh lebih cepat daripada pegawai lain sama ada ke satu gred lebih tinggi atau secara pelangkauan gred.
"Kenaikan pangkat secara istimewa membolehkan Ketua Perkhidmatan mempersiapkan pegawai dengan kompetensi sesuai dengan jawatan strategik yang dikenal pasti iaitu dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional," katanya dalam surat pekeliling yang dimuat naik dalam laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kelmarin.
Beliau berkata, pertimbangan kenaikan pangkat secara istimewa berasaskan kriteria penilaian ditetapkan yang akan dibangunkan Ketua Perkhidmatan dan kriteria itu perlu dikemuka kepada JPA untuk mendapat kelulusan sebelum dilaksana.

Abu Bakar berkata, peningkatan gred gaji pula akan diberi kepada pegawai diiktiraf sebagai SME, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran tinggi serta pengalaman luas dalam sesuatu bidang khusus yang memenuhi kriteria ditetapkan dan boleh dijadikan sumber rujukan kepada pegawai dari dalam dan luar organisasinya.

Beliau berkata, pegawai yang layak bagi dipertimbangkan untuk diiktiraf SME adalah Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memenuhi syarat termasuk berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam skim perkhidmatan semasa atau berada di gred 1-4; memenuhi kriteria penilaian kepakaran ditetapkan dan mendapat perakuan panel penilai kepakaran.

Katanya, Ketua Perkhidmatan bertanggungjawab membangunkan kriteria penilaian dan menetapkan petunjuk prestasi utama SME mengikut skim perkhidmatan.
“Kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana yang berkhidmat 15 tahun dan lebih serta masih berada di gred lantikan dalam skim perkhidmatan semasa, layak dipertimbangkan kenaikan pangkat mengikut syarat ditetapkan dalam skim perkhidmatannya secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

“Bagaimanapun, kaedah ini tidak terpakai bagi skim perkhidmatan disediakan kenaikan pangkat secara ‘time-based’. Pegawai dinaikkan pangkat mengikut kaedah ini terletak di bawah penyeliaan pegawai atasannya mengikut struktur perjawatan walaupun gred pegawai setaraf dengan pegawai penyelianya,” katanya.

sumber: berita harian

Jumaat, 6 Januari 2012

More Than 480,000 Students To Begin New School Year In Sarawak KUCHING

Jan 3 (Bernama) -- A total of 482,514 pupils and students will begin the new school year tomorrow in 1,448 schools in Sarawak.  Sarawak education director Abdillah Adam said today 263,774 of them will be starting primary school and 218,740, secondary school.  The primary school enrolment involves 192,668 pupils in 1,039 national schools and 71,106 pupils in 221 national type Chinese schools, he said in a statement.  He said 218,740 students have registered to attend 184 ordinary secondary schools; 1,012, seven religious secondary schools; 738, fully residential schools; and 296, an arts school.  The teaching manpower in the state will comprise 37,333 trained teachers and 2,361 replacement teachers, he said.  -- BERNAMA

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...