Halaman

Jumaat, 5 Oktober 2012

PERHALUSI MASALAH PELAKSANAAN PBS

Berita Harian bertarikh 30 Julai 2012 –



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Subramaniam Raman, Kota Belud” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 30 Julai 2012Perhalusi masalah pelaksanaan PBS.
 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Kesemua aspek ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Pendidikan.
 
PBS mampu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik serta memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Fokus utama dalam PBS ialah pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
 
PBS  bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi murid di samping memantau pertumbuhan dan membantu memperkembangkan potensi setiap murid.
 
Justeru, PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
Untuk keterangan lanjut sila layari www.moe.gov.my/lp.
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 
 
 
 
sumber klik sini

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...