Halaman

Jumaat, 10 Februari 2012

SAH!!! CAPELLO LETAK JAWATAN!


LONDON – Fabio Capello membuat keputusan meletakkan jawatannya selaku jurulatih England berkuat kuasa semalam.


Demikian menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Peletakan jawatan jurulatih kelahiran Itali itu dibuat sejurus selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi FA England, David Bernstein semalam.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan isu mengenai pelucutan tugas kapten John Terry yang akan dihadapkan ke mahkamah Julai depan gara-gara didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman sebelum ini.

Terry yang juga kapten Chelsea didakwa bertindak sedemikian kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dalam satu aksi Liga Perdana England Oktober tahun lepas.

“Dalam mesyuarat selama lebih sejam itu, Capello akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatannya yang akan berkuat kuasa serta-merta,” kata FA dalam kenyataan itu.

Capello sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan FA yang mahu melucutkan jawatan Terry selaku kapten England.

“Kami ingin menegaskan di sini bahawa Capello telah bersikap profesional sepanjang pembabitan beliau sebagai jurulatih England.

“Ini merupakan keputusan yang betul dan kami menghormati keputusan Capello dan menerima surat peletakan jawatannya.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas segala jasa beliau bersama England dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya pada masa depan,” kata FA.

Begitupun, Capello ketika ini dilaporkan enggan mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu, dan satu sidang akhbar khas dikhabarkan akan diadakan di Wembley hari ini.

Jurulatih berusia 65 tahun itu mula mengambil alih tugas selaku jurulatih England pada Disember 2007 sebelum menyaksikan anak buahnya gagal layak ke Euro 2008 setahun kemudian.

Dalam pada itu, FA England telah melantik Stuart Pearce sebagai jurulatih sementara bagi menggantikan Capello.

Dengan pelantikan tersebut, Pearce yang sebelum ini merupakan jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21) England bakal mengendalikan pasukan tersebut menjelang aksi persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini.

– Reuters

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...