Halaman

Rabu, 5 Oktober 2011

UPSIANS: 60 kertas kajian pakar sains sukan dibentangkan


SUBANG JAYA - Persidangan Sains Sukan dan Rekreasi Antarabangsa 2011 merupakan satu platform kerjasama antara pemain industri untuk bertukar pendapat antara satu sama lain secara mendalam bagi mencambah idea pengurusan pembangunan sukan.
Program anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjangkakan sebanyak 60 kertas kajian daripada pakar antarabangsa dan tempatan akan dibentangkan sepanjang persidangan tiga hari itu.
Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Profesor Datuk Dr. Abdullah Mohammad Said (gambar kecil) berkata, persidangan itu akan menghimpunkan pakar-pakar dari pelbagai cabang sains sukan termasuk jurulatih, pensyarah dan saintis.
Ujarnya, mereka termasuklah pakar dari Australia, Iran, Jepun dan India.

SUMBER: KOSMO

Tiada ulasan:

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...