Halaman

Rabu, 26 Oktober 2011

Tevez kena denda 800000 pound

26/11/2011

LONDON: Carlos Tevez didapati bersalah melanggar kontrak dan didenda lebih AS$1 juta oleh Manchester City berikutan pendengaran kes disiplin berhubung kelakuan beliau semasa perlawanan Liga Juara-Juara.

Tetapi pertikaian itu dikhuatiri berlanjutan untuk beberapa minggu jika penyerang itu mencabar keputusan bahawa beliau tidak mengikut arahan pegawai kelab apabila tidak masuk bermain ketika kekalahan 0-2 di Bayern Munich bulan lalu.
Tevez digantung untuk dua minggu oleh City selepas kekecohan di Jerman itu walaupun pengurus, Roberto Mancini, pada mulanya mengumumkan pemain Argentina itu tidak akan lagi beraksi dengan kelab itu.
Tevez tidak menerima sebarang lanjutan penggantungan.

Beliau didenda empat minggu ganji yang bersamaan 800,000 pound dan amaran bertulis mengenai kelakuan beiau pada masa akan depan.

City menyatakan Tevez hanya akan dijual semasa tempoh perpindahan Januari depan jika ada kelab sanggup membayar harga tawaran 40 juta pound. - AP

 sumber; Berita Harian


Tiada ulasan:

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...