Halaman

Sabtu, 1 Oktober 2011

HUH!! KSSR BUKTIKAN BAHASA INGGERIS BERJAYA

PUTRAJAYA 25 Sept. - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan mulai tahun ini untuk murid tahun satu berjaya meningkatkan minat mereka untuk mempelajari bahasa Inggeris.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Kementerian Pelajaran, Prof. Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, kurikulum tersebut akan dilaksanakan bagi murid tahun kedua di sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu di sekolah menengah mulai tahun depan.
"Para guru juga gembira dengan pendekatan hibur didik yang diperkenalkan dalam KSSR yang bukan sahaja mementingkan penguasaan bahasa tetapi juga cara berkomunikasi murid.
"Selain menggunakan buku, cara pengajaran dan pembelajaran lain seperti permainan dan muzik turut digunakan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 35 guru dari Selangor yang menyertai Konvoi Bermotor 1Malaysia dari Shah Alam ke Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Sepanjang perjalanan itu, guru-guru tersebut singgah di tempat tertentu untuk mengedarkan Jalur Gemilang dan risalah 1Malaysia.

SUMBER: NUTP

Tiada ulasan:

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...