Halaman

Sabtu, 4 Februari 2012

PERGERAKAN BOLA DALAM FORMASI 4-3-3 UNTUK ATLIT BAWAH 15 TAHUN

  1. disebabkan oleh mentaliti atlit bawah 15 tahun masih berada pada peringkat perkembangan, maka sebagai jurulatih anda perlulah memudahkan permainan bola sepak tersebut dalam dan luar minda atlit anda. jika anda mahu atlit bola sepak anda bermain gaya bola sepak cantik seperti pasukan Barcelona, manchester united dan real madrid, anda sebenarnya menempah kesukaran untuk melatih pemain anda. 
  2. pemain-pemain elit sebenarnya tidak boleh disamakan dengan pemain di malaysia disebabkan oleh pelbagai faktor seperti budaya dan persekitaran yang tidak sama.
  3. oleh yang demikian, mengapa kita sebagai jurulatih tidak mahu memudahkan permainan bola sepak untuk pemain anda? anda harus ingat bahawa pemain yang berusia bawah 15 tahun di malaysia ini tidak seperti di negara-negara luar. 
  4. konsepnya adalah mudah sahaja iaitu jangan bagi pemain anda membuat huru hara di tengah padang iaitu dengan:
    1. 3 hanya perlu pass bola kepada 2 & 5 sahaja. jangan pass bola kepada pemain lain. INGAT, JANGAN PASS BOLA KE TENGAH!!
    2. 4 sebagai last man bertindak sebagai sweeper dan hanya perlu memastikan bola sentiasa jauh dari kawasannya dengan membuat clearance selalu.
    3. no 2 hanya perlu pass bola kepada 7 & 9 sahaja. INGAT, JANGAN PASS BOLA KE TENGAH!!
    4. no 5 perlu pass bola kepada 8 & 10 sahaja.  INGAT, JANGAN PASS BOLA KE TENGAH!! 
    5. no 6 tugasnya hanya perlu membuat hantaran jauh kepada winger iaitu 9 & 10. jangan membuat hantaran kepada no 7 dan 8.
    6. no 7 pula perlu membuat hantaran kepada no 9 sahaja.
    7. no 8 pula perlu membuat hantaran kepada no 10 sahaja.
    8. no 9 & 10 akan bertindak sebagai winger yang mana akan membuat crossing kepada striker (no 11) atau cuba untuk dribble bola ke dalam kotak D dan terus melakukan shooting.
  5. kepada saya membuat peraturan macam ini? sebenarnya bila anda menyuruh pemain anda mengikut peraturan ini, maka kepala otak pemain anda tidak perlu banyak berfikir pada tahap tinggi lagi bila bola berada di kaki. 
  6. apabila bola sudah berada di kaki, maka pemain yang memegang bola tersebut sudah tahu pemain mana yang akan menerima bolanya. try it!!...tqvm. 

Tiada ulasan:

SHARE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ANAK BUAH SAYA...